Welcome Guest. Please Login or Register  


You are here: Index > UMUM > Isu Semasa > Topic : Kalimah Allah, Permainan politik parti Cap Keris tak menjadi.

aa

Threaded Mode | Tell a friend | Print  

 Kalimah Allah, Permainan politik parti Cap Keris tak menjadi. (5 Replies, Read 90 times)
admin
Group: Administrator
Post Group: Newbie
Posts: 31
Status:
Mungkin pada asal tujuannya parti Cap Keris hendak mengambil
kesempatan dari isu kalimah Allah ini untuk mengembalikan sokongan
orang Melayu Islam kepada parti itu. Kononnya isu kalimah Allah ini
telah menggugat kesucian Tuhan orang Melayu oleh golongan bukan Islam,
maka parti ini telah menyeru satu lagi keperluan kepada apa yang
dinamakan ‘perpaduan umah’ bagi mengembalikan kekuatan Islam di negara
ini.
Parti Cap Keris ini menerusi badan-badan NGO yang
ditajanya seperti Pewaris, Perkasa dan Perkida telah cuba mendakyah
orang-orang Melayu, betapa orang-orang bukan Islam telah berani
menyentuh perkara-perkara yang berkaitan agama Islam seperti yang
berlaku pada isu kalimah Allah itu.
Menggunakan isu
kalimah Allah ini, mereka telah menggerakkan ‘perpaduan umah’ bagi
menyatukan umat Melayu dalam satu suara politik. Apakah tujuan mereka
itu benar-benar untuk memperkuatkan Islam atau hanya sekadar untuk
memperkuatkan kuasa politik mereka. Seruan mereka itu telah dipandang
sinis oleh berbagai pihak, kerana selama ini parti Cap Keris bukanlah
parti yang dianggap serius untuk membela Islam.
Disebalik
sambutan dingin dan berbelah bahagi dari orang-orang Melayu yang lain
dari parti PAS dan PKR, kepada orang-orang berfikiran finatik dan
taksub, keadaannya telah menjadi terlebih lajak sehingga mengakibatkan
beberapa gereja telah dibom dan dirosakkan.
Sehingga kini
polis masih belum dapat menangkap orang yang melakukan kerosakan
terhadap gereja-gereja ini. Dimanakah polis kita yang dikatakan sangat
cekap itu. Kita mahu sangat perosak-perosak ini didedahkan dan menerima
hukuman yang setimpal, dan juga kita mahu tahu kalau ada, pihak manakah
sebenarnya yang menjadi dalang di belakang kejadian itu.
Apakah
pelakunya sehebat perisik CIA sehingga langsung tidak boleh dikesan,
kalau polis kita tidak mampu mengesannya, mungkin kita boleh meminta
bantuan pakar dari luar negara.
PM Najib mungkin tidak
menyangka isu kalimah Allah ini berakhir dengan perbuatan pengeboman
dan merosakkan gereja, beliau mengutuk orang yang melakukannya dan
dengan segera memperuntukkan RM500,000 kepada gereja yang rosak itu dan
disiarkan dalam semua media perdana. Rasa perihatin yang beliau
tunjukkan itu bagi mengelakkan beliau dan parti beliau dari dikaitkan
dengan perkara buruk itu.
Dalam masa yang sama Hisamudin
Husein sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri turut tumpang semangkuk
dalam isu pengeboman gereja itu. Dia ada alasan kukuh untuk tidak
menghapuskan ISA.
Rasanya hingga artikel ini ditulis, ISA
belum dimansuhkan lagi, tetapi kenapa pengeboman dan merosakkan gereja
itu berlaku juga. Malah sudah beberapa hari berlalu, suspek masih bebas
dan belum dapat ditangkap.
Kalau benar akta ISA itu
sebagai pencegahan, tetapi kenapa ia tidak dapat juga mencegah
berlakunya pengeboman terhadap gereja seperti yang telah terjadi itu.
IP: --   

Kalimah Allah, Permainan politik parti Cap Keris tak menjadi.
SourceCode
Group: Member
Post Group: Newbie
Posts: 33
Status:
Takbir..ALLAHUAKHBAR..!!!!
Takbir..ALLAHUAKHBAR..!!!!
Takbir..ALLAHUAKHBAR..!!!!

keris tuh cucuk ja kat tengah tengkorak depa..



-----------------------
:: C :P QpEKnGa :: 
IP: --   

Kalimah Allah, Permainan politik parti Cap Keris tak menjadi.
lin_leona
Group: Member
Post Group: Newbie
Posts: 25
Status:
aku ni underground activist  ;-D
tak join mana2 parti  ;-D
kami ada persatuan yg jadi pemerhati  :xd:
terdiri dari kbanyakkannya student
yg rata2 tidak join mana2 parti kanan atau kiri
sebab kami di TENGAH2 BARU SEIMBANG
 

-----------------------
DEATH ANGEL'S HERE, U'RE GOING TO DIE, HELL YEAHHH...!!!    ;-D
IP: --   

Kalimah Allah, Permainan politik parti Cap Keris tak menjadi.
admin
Group: Administrator
Post Group: Newbie
Posts: 31
Status:
sapa tanya? kekeke...
IP: --   

Kalimah Allah, Permainan politik parti Cap Keris tak menjadi.
lin_leona
Group: Member
Post Group: Newbie
Posts: 25
Status:
Quote From : admin January 19, 2010, 7:46 pm
sapa tanya? kekeke...


WARGKAKAH  :xd:
NI STATEMENT LA  :P
BUKAN JAWAPAN  ;-D
YIHAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!  :D

-----------------------
DEATH ANGEL'S HERE, U'RE GOING TO DIE, HELL YEAHHH...!!!    ;-D
IP: --   

Kalimah Allah, Permainan politik parti Cap Keris tak menjadi.
chef
Group: Administrator
Post Group: Working Newbie
Posts: 70
Status:
:-x politik kat kitchen tempat mamat kerja lagi dasyat.
haha

-----------------------
www.thekitchen.my  :nerd:
IP: --   

« Previous    Next »

Threaded Mode | Tell a friend | Print  



Jump To :


Users viewing this topic
1 guests, 0 users.

bb

You are here: Index > UMUM > Isu Semasa > Topic : Kalimah Allah, Permainan politik parti Cap Keris tak menjadi.


All times are GMT +8. The time now is September 9, 2010, 12:23 pm.

  Powered By AEF 1.0.8 © 2007-2008 Electron Inc.Queries: 11  |  Page Created In:0.025

bb